Sunday, October 19, 2014

PETUA MENCERAHKAN KULIT WAJAH DENGAN BAHAN YANG MUDAH DIDAPATI DIRUMAH



Mesti ramai yang nak tahu kan macamana nak cerahkan wajah dengan cara yang mudah..murah dan berkesan.

Anda boleh memilih untuk memakai krim pemutih yang berada dipasaran ataupun mengusahakan dengan bahan-bahan makanan.Harus anda ingat bahawa krim-krim tersebut sedah tentu mengandungi bahan kimia yang mana ianya akak memberi kesan buruk pada masa yang akan datang.

Jangan risau.Anda tetap boleh usahakan untuk memutihkan kulit wajah dengan bahan-bahan yang mudah untuk anda dapati.Hanya di rumah.Bestkan?

Jadi disini saya kongsikan cara memutihkan wajah dengan bahan yang mudah dicari :

1. SUSU
-----------
Warnanya pun putih.Selain ianya baik untuk tulang,gigi dan kuku,kandunga susu juga dapat mengeluarkan sel kulit mati.Caranya dengan megambil satu kapas muka,celupkan kedalam susu dan tepekkan di seluruh wajah muka.Biarkan selama 15-20 minit,kemudian bilaslah dengan air yang bersih.Lakukan sebelum tidur hari-hari.

2. BETIK
----------
Buah betik selain sedap dimakan,ianya mengandungi enzim yang dipercayai mampu membuang sel kulit mati dan tompok hitam di wajah.Caranya,kisar sedikit betik muda yang masih hijau dan betik masak yang berwarna oren bersama-sama.Tepekkan di wajah anda dan biarkan selama 15 minit.Kemudian bilas dengan air yang bersih.Lakukan secara konsisten sebelum tidur untuk hasil yang lebih baik.

3. TOMATO
--------------
Buah tomato kaya dengan Vitamin C juga bermanfaat untuk memutihkan kulit.Caranya ialah dengan memarut tomato tersebut,tambahkan sedikit perahan lemon dan gaul rata.Setelah itu oleskan di wajah anda dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.Cara ini seeloknya dilakukan seminggu sekali.

4.LEMON
-----------
Buah lemon juga sangat kaya dengan Vitamin C dan mampu mencerahkan kulit yang sebelumnya kusam.Caranya juga mudah.Perah sedikit lemon dan ratakan jus perahan tadi keseluruh muka.Basuh dengan air bersih setelah 15 minit.Lakukan setiap malam.

5.KENTANG
---------------
Kentang mengandungi Vitamin C,B compleks serta mineral yang dapat membuatkan kulit wajah tampak lebih cerah.Caranya ialah dengan tumbuk kentang yang telah dipotong halus.Campurkan dengan madu.Ratakan ke seluruh wajah selama 15-20minit.Kemudian bilaslah dengan air.Anda akan rasa segar dan amalkan selalu untuk dapatkan kulit yang cerah.

Mudah bukan?
Tetapi sebelum anda mencuba,sebaiknya perhatikan dulu mana yang sesuai dengan kulit anda.Pilihlah salah satu dari yang diatas yang serasi dengan anda.





Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment